Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) China Perkenalkan Bas Yang Boleh 'Langkau' Jalan Raya Sesak

24 Mei 2016
No Comment

24 Mei - China, sebuah negara yang terkenal dengan lalulintas yang sibuk dan 'teruk' kini telah memikirkan satu cara diluar kotak untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awamnya dengan memperkenalkan TEB.

The Transit Elevated BUS (TEB), adalah ciptaan yang membolehkan penumpang mengharungi jalan raya sesak dengan menyelusuri jalan itu di tingkat atas biarpun keadaan dibawah(atas jalan) sesak. Mungkin gambar ini boleh menerangkan dengan lebih jelas.

Lihat bagaimana bas TEB mengharungi lalulintas dengan kereta di atas jalan raya.
Konsep ini telah lama diperkenalkan namun pada China Beijing International High-Tech Expo ke 19, satu model mini kenderaan konsep ini telah didedahkan. Dan secara jujur, ia sangat mengujakan.


Menurut jurutera yang membina TEB berkata, setiap bas itu boleh membawa 1,200 penumpang. Sebuah TEB pula dijangka boleh disiapkan dalam masa setahun.

CCTV News melaporkan, projek percubaan akan dimulakan pada separuh kedua tahu 2016 di Qinhuangdao di wilayah Hebei.




Video model TEB :



Temuramah dengan jurutera ETB:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "