Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepala Terputus Dari Badan Digigit Unta

25 Mei 2016
Gambar hiasan

New Delhi, 25 Mei: Seorang lelaki maut apabila kepalanya terputus selepas seekor unta miliknya menggigit tengkuknya.

Harian Metro melaporkan, ketika kejadian haiwan itu ditambat di kawasan panas terik sepanjang hari.

Lelaki itu sedang leka melayan tetamu di rumahnya di Barmer, Rajasthan pada Sabtu sebelum dia teringat untanya ditambat di tengah halaman yang panas terik sepanjang hari.

Ketika cuba membuka ikatan pada kaki, unta tersebut mejadi agresif dan menyerangnya.

Menurut saksi yang juga jiran lelaki terbabit, untuk itu mengigit tengkuk tuannya sehingga menyebabkan kepala lelaki itu terputus.

Unta itu menggigit tengkuk dan mengangkatnya sebelum mencampakkannya ke tanah dan mengunyah badannya sehingga kepalanya terputus,” katanya.

Penduduk kampung berkata, 25 orang berusaha keras selama enam jam untuk mengawalnya.

Sebelum ini, haiwan itu juga pernah menyerang pemiliknya.

Rajasthan mengalami peningkatan suhu dahsyat di India sehingga 51 celsius dengan 17,000 perkampungan mengalami kekurangan air dan 16 dilaporkan maut.

Pada masa sama, askar yang mengawal sempadan dengan Pakistan juga berdepan masalah unta yang menjadi agresif akibat cuaca panas melampau.

Unta biasanya tidak ganas, malah suka bermanja dengan manusia.

Bagaimanapun, unta jantan mampu menjadi agresif terutama ketika bergaduh sesama mereka. -
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "