Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tolong Jangan Tangkap Pengkritik Saya, Saya Tak Peduli Apa Saja Orang Kata" - TMJ

30 Mei 2016
No Comment

Sebelum ini dilaporkan pihak polis telah menahan dua individu kerana menghina kerabat di Raja Johor dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial.

TMJ dalam satu kenyataan medianya semalam melalui laman facebook Johor Southern Tigers meminta supaya pihak polis tidak menahan para pengkritik yang menghinanya itu.

"Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya," kata baginda.

Menurut TMJ, beliau lebih suka jika pihak polis menganjurkan pertemuan antara beliau dengan individu-individu tersebut.

"Berikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja.

"Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah Taala berikan kepada saya", jelas beliau lagi.

Tunku Ismail mengeluarkan kenyataan media berkenaan selepas pihak polis menahan dua individu yang dipercayai telah menghinanya di laman sosial.

Salah seorang mereka adalah Masyhur Abdullah, 29, yang didakwa memuat naik mesej berunsur menghina menggunakan Twitter atas nama @thekeluangman. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "