Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selain Facebook, Apakah Yang Dilarang Digunakan Di China

25 Mei 2016
No Comment

Seperti kita sedia maklum, China yang merupakan antara kuasa ekonomi dunia telah melarang penggunaan Facebook di negaranya sejak tahun 2009 lalu.

Kerajaan negara berkenaan juga dilaporkan tidak berminat untuk membuka akses kepada rakyatnya menggunakan Facebook pada masa hadapan.

Kerana itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sendiri sudah melawat China dan presidennya, Xi Jinping namun Beijing masih tidak berganjak dari keputusannya.

Jika dilihat dari segi ekonomi, pemimpin mereka sudah memberitahu akan meluaskan pasarannya ke seluruh dunia dengan membuka ekonominya kepada semua, tetapi China masih lagi menggunakan undang-undang ketat ke atas teknologi dan akses kepada media.

Berikut adalah 4 jenis akses yang masih dilarang digunakan di China.

1. Instagram

Penggunaan laman foto popular ini dilarang selepas penunjuk perasaan pro-demokrasi mengadakan protest di Hong Kong pada 2014. Sebeb sebenar ia dilarang tidak diketahui dan tiada mana-mana lokasi di China mampu menggunakan khidmat Instagram.

2. Twitter

China melarang penggunaan Twitter kerana mempercayai Twitter merupakan antara laman sosial yang memainkan peranan penting ketika 'Arab Spring' dan Green Revolution di Iran pada 2009.

Walaupun begitu, terdapat beberapa esekutif warganegara China berkhidmat di Twitter untuk menarik keuntungan dari segi pengiklanan di Twitter.

3. Google

Google cuba 'melawan' censor yang digunakan oleh China terhadap perkhidmatannya, dan Gmail dan Youtube merupakan antara perkhidmatan Google yang paling dilarang.

Namun, pelayar yang masih 'degil' boleh mendapatkan akses Google, Gmail dan Youtube menggunan Virtual Private Network (VPN).

5. Snapchat

Laman web micro-blogging ini diharamkan supaya laman web-microblogging milik China, mampu memikat rakyatnya sendiri.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "