Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Sedih Dan Tekilan 'Kisah Mata Anak' Disebarkan Menjadi Viral Dengan Kapsyen Palsu

25 Mei 2016
No Comment


Seorang ibu bernama Pn Nurbustaniah atau nama Facebooknya Intan Hidayah semalam melalui laman Facebooknya meluahkan rasa sedih dan terkilannya dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir netizen yang menyiarkan gambar anaknya dengan kapsyen palsu.

Menurutnya anaknya bukan mengalami sakit parah seperti yang disebarkan di laman sosial.

"Tolong berhenti sebarkan tentang mata anak saya,mata anak saya bukan sakit parah,tolong siasat dulu betul2 sebelum sebar..anak saya sumbing muka bukan sakit parah," tulisnya.


Memetik tulisan di page badan NGO kebajikan berdatar Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS, penyebaran tentang 'sakit mata parah' anak Pn Nurbustaniah telah berleluasa dengan kepsyen palsu oleh pengguna FB sejak beberapa hari lalu menimbulkan keresahan pada Pn Nurbustaniah iaitu ibu kepada adik Hidayah.

Menurut Puan Nurbustaniah yang dihubungi krew NGO berkenaan di Perlis, anaknya selamat jalani pembedahan pada 16 Mei lalu di PPUM Petaling Jaya dan semalam telah pulang ke rumah

Gambar terbaru baby Hidayah selepas menjalani pembedahan

Dari pemerhatian dan carian Siakapkeli di media sosial tenyata gambar berkenaan mula disebarkan oleh seorang pengguna Facebook yang sudah banyak kali menyebarkan berita palsu.

Namun orang ramai seperti biasa tanpa usul periksa telah 'share' status berkenaan di mana sehingga kini sudah 4,800 kali kongsian telah di lakukan orang ramai.

Manakala, sehingga kini gambar berkenaan telah menerima lebih 70,000 komen.


Dari pemerhatian kami juga gambar berkenaan kini mula disebarkan oleh lebih ramai netizen dengan kapsyen yang pelbagai.




Kepada mereka yang sudah share atau terlihat gambar berkenaan harap dipadam segera untuk mengelak lebih banyak salah faham dan perkara yang boleh mengguris hati ibu Hidayah. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "