Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[KEMASKINI] Rang Undang-Undang Berkaitan Hudud Telah Diusulkan Di Parlimen Hari Ini

26 Mei 2016
No Comment

Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dijadualkan bakal dibentangkan di dewan parlimen hari ini, lapor Astro Awani.

Pembentangan RUU berkaitan Hudud berkenaan dijadualkan akan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam Parlimen

Namun, Rang undang-undang berkenaan telah disenaraikan sebagai item No 15, iaitu perbahasan yang terakhir sekali dalam kertas perintah itu, ini bermakna RUU berkenaan mungkin tidak sempat dibentangkan.

Ini kerana, mengikut jadual hari ini merupakan hari terakhir dewan parlimen bersindang.

Ini adalah kali ketiga Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada 7 April dan 17 Jun 2015, bagaimanapun usulnya tidak dibahaskan di Dewan Rakyat dalam kedua-dua sesi tersebut.

Berdasarkan RUU Hudud yang bakal dibentangkan berkenaan meminta untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.


Pada masa ini, Akta itu menghadkan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda maksimum RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Iainya dikenali sebagai peraturan 3:5:6 iaitu penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Jika pindaan akta ini berjaya, semua kesalahah jenayah syariah boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan mengikut undang-undang Islam.

Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun lepas meluluskan usul pelaksanaan hudud dan qisas di negeri itu, namun tersekat kerana kedudukan undang-undang persekutuan yang tidak membenarkan hukuman melebihi daripada yang ditetapkan sekarang. - Siakapkeli.my

KEMASKINI


RUU menambah bidang kuasa mahkamah Syariah di Malaysia telah dibentangkan di dewan rakyat.

Pembentangan Usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Ahli Parlimen Marang YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dibacakan pada hari ini di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Namun begitu, usul berkenaan terpaksa ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan, lapor Sinar Harian.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk meluluskan usul ini," kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas keluar Dewan Rakyat.

Speaker Tan Sri Pandikar Aman Mulia membenarkan Usul Kerajaan untuk RUU Ahli Parlimen Marang didahulukan dalam senarai peraturan mesyuarat.

Rang Undang-undang (RUU) pindaan itu adalah untuk menambah bidangkuasa Mahkamah Shariah di Malaysia.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "