Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Niat Lelaki Untuk Lepas 'Hajat' Terbantut, Kemaluan Cedera Digigit Ular

26 Mei 2016
No Comment

Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan yang teramat sangat selepas kemaluannya telah digigit oleh seekor ular sawa yang berada di dalam lubang tandasnya, lapor mirror.co.uk.

Ia terjadi ketika, Atthaporn Boonmakchuay, 38, sedang bercangkung di atas jamban duduk sebelum kemaluannya digigit reptilia berkenaan.

Menurutnya, ketika digigit, kemaluannya terasa seperti ditusuk benda tajam, dia terus bangun dan ternampak haiwan berkenaan telah mengigit hujung kemaluannya menyebabkan beliau menjerit meminta tolong.

Jeritan mangsa telah didengari oleh isterinya yang kemudiannya cuba menghalau reptilia berkenaan yang berukuran 11 kaki panjang.



Mangsa yang mengalami banyak kehilangan darah ketika cuba bergelut dengan reptilia berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Semasa bergelut, Atthaporn telah mengikat kepala ular tersebut dengan tali di pintu bilik mandi sebelum tidak sedarkan diri.

Reptilir tersebut telah berjaya ditangkap oleh pihak penyelamat dan dilepaskan semula ke dalam hutan.

 Mangsa telah dikejarkan ke hospital dan kini telah dilaporkan stabil. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "