Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pasukan Penyelamat Temui Mayat Mangsa Keempat Sebentar Tadi

7 Mei 2016
One Comment

KUCHING: Pasukan penyelamat yang terdiri dari pelbagai jabatan sebentar tadi telah menemui mayat mangsa keempat nahas helikopter yang berlaku di Sungai Batang Lupar, lapor Berita Harian.

Mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 3.20 petang di tebing Sungai Batang Lepar.

Menurut kenyataan pihak polis, mayat mangsa sudah dalam perjalanan ke jeti Lingga untuk dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman mengenai mayat ketiga mangsa yang ditemui tengah hari tadi ialah Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.- Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "