Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nelayan Jumpa Mayat Ketiga, Penyelamat Alami Sedikit Kesukaran Dekati Jeti Kerana Air Surut

7 Mei 2016
No Comment
Foto: Bomba

Kuching: Pasukan penyelamat mengesahkan telah menemui mayat ketiga nahas helikopter yang berlaku di Sebuyau di mana mereka menghadapi sedikit kesukaran untuk memindahkan mangsa kerana air surut menyebabkan bot tidak dapat mendekai jeti Lingga, lapor Berita Harian.

Penyelamat terpaksa menggunakan bot kecil bagi memindahkan mayat ketiga yang kini berada di atas kapal peronda Pasukan Polis Marin.

Mayat berkenaan dijumpai kira-kira jam 10.30 pagi tadi tidak jauh dari lokasi mayat kedua yang ditemui pagi tadi.

Kira-kira jam jam 1.25 tengah hari tadi mayat berkenaan dilaporkan telah berjaya dipindahkan ke jeti Lingga sebelum diterbangkan ke Kuching untuk proses pengecaman dan bedah siasat

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 10.30 pagi tadi oleh nelayan sebelum memaklumkan pasukan penyelamat.

"Lokasi penemuan tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Bagaimanapun, anggota penyelamat mengalami sedikit kesukaran ke lokasi kerana air surut," katanya.

Dari Jeti Lingga, mayat akan diterbangkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching menggunakan pesawat Nuri untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "