Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[KEMASKINI] Lagi Seorang Mayat Mangsa Nahas Helikopter Ditemui Pagi Ini

7 Mei 2016
No Comment

SRI AMAN: Pasukan penyelamat pada pagi ini telah berjaya menemui seorang mayat mangsa nahas helikopter di kawasan hilir Sungai Batang Lupar kira-kira 10km dari pos kawalan Lingga iaitu 12 km dari lokasi mayat pertama dijumpa, di sini pagi ini, lapor Berita Harian.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, ketika ini pihak bomba masih berusaha membawa keluar mangsa kedua ini ke jeti berhampiran.

Menurut beliau, pihak bomba akan memaklumkan perkembangan penemuan mangsa nahas dan operasi mencari mangsa yang lain dari semasa ke semasa di pusat operasi SAR di Lingga, Sri Aman.

Mangsa ditemui pada kira-kira jam 8.30 pagi masih belum dapat disahkan identiti. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "