Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Aliff Syukri Kecewa Dengan Presiden KFA Yang Seolah Tuduh Beliau Cuba Rampas Hak Rakyat Kedah

6 Mei 2016
One Comment

Dalam sidang media ini, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menafikan beliau memaksa kerajaan negeri memberikan tanah kepadanya sebagai syarat untuk menaja pasukan bola sepak Helang Merah.

Menurutnya, jika dapat tanah berkenaan yang merupakan tanah terbiar ia adalah usaha sama  dengan kerajaan Negeri Kedah untuk memajukan kawasan berkenaan di mana dia akan mengeluarkan modal di mana ia akan membangunkan bandar D'Herbs sebagai bandar moden.

"Perkara ini dibuat melalui perbincangan sebelum ini, pembangunan tanah tersebut dipersetujui dibuat secara melalui proses usahasama dengan anak syarikat negeri Kedah iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)," tegasnya.

Menurut beliau, kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mendakwa hak milik rakyat negeri itu tergadai jika mereka menerima tajaan D'Herbs adalah tidak benar.

"Melalui perbincangan sebelum ini pembangunan tanah tersebut dipersetujui dibuat melalui usahasama dengan anak syarikat negeri Kedah.

"Tanah tersebut melibatkan projek terbengkalai dan dicadangkan kepada saya untuk dibangunkan secara kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)," katanya pada sidang media di Wisma D'Herbs, Kota Damansara, hari ini.

Jom dengar kenyataan penuh beliau. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mat basah nak sapu projek tu la..dia bukan lama nak jadi mb, tengah ada kuasa ni la sapu apa yang ada waahaha tahniah kedah!

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "