Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Helikopter bawa VIP hilang di Sarawak, PM Zahir Rasa Bimbang

5 Mei 2016
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman - Foto Bernama

KUCHING - Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi.  

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.  

"Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya.

DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Najib Razak menzahirkan rasa bimbang terhadap perkara tersebut di laman Twitternya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "