Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gorilla 'Rare' Ditembak Mati Selepas Budak Terjatuh Dalam Kandang

29 Mei 2016

Amerika Syarikat, 29 Mei - Seekor gorilla jantan berusia 17 tahun di Zoo Cincinnati ditembak mati oleh penjaga zoo pada Sabtu setelah dia menarik seorang kanak-kanak 4 tahun yang terjatuh ke dalam kandang haiwan itu, kata pegawai zoo tersebut.

Budak lelaki 4 tahun itu memanjat melepasi halangan sebelum terjatuh setinggi 10 kaki ke dalam kandang dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang.

Seorang saksi berkata dia melihat gorilla itu dengan ganas menarik dan membaling kanak-kanak tersebut.



Reuters melaporkan, kanak-kanak lelaki itu 'ditawan' oleh gorilla itu selama 10 minit sebelum penjaga zoo mengambil senapang rifle dan menembak mati gorilla tersebut.

Dua gorilla betina turut berada di dalam kandang itu ketika kejadian.

Pengarah Zoo Cincinnati Zoo, Thane Maynard berkata budak lelaki itu telah dibawa ke hospital oleh pihak Zoo.

Gorilla yang ditembak mati itu, Harambe, dilahirkan di Zoo Gladys Porter di Brownsville, Texas dan dipindahkan ke Zoo Cincinnati pada 2014.

Difahamkan juga, gorilla itu diklasfikasikan sebagai jenis yang hampir pupus dan pihak Zoo bercadang untuk menggunakan Harambe untuk pembiakan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "