Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis Dipercayai Mangsa Dera Keluarga Kebuluran, Hanya Seberat 18 Kg

4 Mei 2016

Kemaman, 4 Mei: Laporan bedah siasat terhadap mayat seorang gadis 22 tahun yang disyaki didera keluarganya hingga meninggal dunia pada 26 April lalu mendedahkan ada kesan gigitan manusia pada tubuh serta kesan kemasukan pada kemaluan depan dan belakang.

Baca : Gadis 22 Tahun Maut Dipecayai Didera Keluarga

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, hasil bedah siasat di Hospital Kemaman juga mendapati di mengalami jangkitan kuman selain dikebulurkan dalam tempoh tiga minggu hinga beratnya mejadi 18 kg.

"Kita percaya mangsa tidak diberi makan sehingga kebuluran dalam tempoh tiga minggu hinggakan gadis malang itu hanya seberat 18 kilogram.

“Sebahagian besar tubuh mangsa ada kesan gigitan manusia, serta kecederaan lain termasuk lebam di mata," katanya di sini, hari ini sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut beliau, pada peringkat awal, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut namun selepas pemeriksaan awal, ada beberapa mendatangkan syak.

"Susulan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat," katanya.

Menurut beliau lagi, bapa gadis itu sebelum ini membuat laporan polis mengenai kematian mangsa pada 26 April dengan memaklumkan gadis itu meninggal dunia di rumah kerana demam panas.

Susulan itu,  polis telah menahan bapa mangsa yang berusia 49 tahun, ibu tirinya berumur 35 tahun dan kedua-dua adik mangsa berumur 21 dan 14 tahun, kira-kira 11.50 pagi Ahad lalu.

Mohd Said berkata semalam pihak polis turut melakukan ujian gigi ke atas anggota keluarga mangsa bagi mengenal pasti kesan gigitan pada tubuh mangsa. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "