Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga

2 Mei 2016
Gadis berusia 22 tahun yang kematiannya disyaki ada usur penderaan menyebabkan polis menahan keluarganya hari ini. - Foto SHAMSUDIN HUSIN/ Harian Metro


Chukai, 2 Mei: Polis telah menahan empat sekeluarga kerana disyaki mendera seorang gadis berusia 22 tahun di Kampung Binjai yang juga dipercayai menjadi punca kematian gadis berkenaan.

Harian Metro melaporkan, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan gigitan pada badan selain dari mata mangsa lebam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, ahli keluarga yang ditahan adalah bapa gadis terbabit yang berusia 49 tahun, ibu tiri, 35, adik perempuan, 21 dan adik lelaki mangsa 14.

Menurut beliau lagi, pada awalnya bapa mangsa membuat laporan kematian anaknya akibat sakit biasa.

"Selepas menerima laporan dibuat bapa mangsa mengenai kematian anaknya akibat sakit biasa pada 26 April lalu, polis ke rumah bapa mangsa di Kampung Binjai dan hasil pemeriksaan polis mendapati ada unsur penderaan.

"Hasil pemeriksaan, polis juga mendapati keadaan fizikal gadis terbabit terlalu kurus seolah-olah kebulur tidak cukup makan selain ada beberapa kesan gigitan pada badan serta matanya lebam," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "