Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) Gambar Obama “Lepak” Kedai, Makan Mee $6 Jadi Viral

24 Mei 2016
No Comment

Hanoi, Vietnam - Beberapa keping gambar yang merakamkan presiden AS, Barrack Obama menghabiskan masa menjamu selera bersama cef selebriti, Anthony Bourdain di Hanoi menjadi viral.

Apa yang menarik perhatian netizen, kedai yang dikunjungi oleh Obama itu hanyalah sebuah kedai biasa dan Obama hanya menggunakan kerusi bangku biasa untuk duduk di meja di restoran itu. Selain itu, menu makanan murah yang dipesan juga turut menjadi topik perbualan netizen


CNN melaporkan, mereka akan menyiarkan perbualan Obama dan Bourdain pada September ini yang akan menyentuh 'tujuan lawatan presiden itu dan minat terhadap orang ramai, makanan dan kebudayaan Vietnam'.

Lawatan Obama selama tiga hari ke vietnam itu merupakan lawatan pertama presiden AS ke negara Asia Tenggaara itu sejak perang Vietnam tamat pada 1975.

Dalam status di Instagram, Bourdain memuji kemahiran Obama menggunakan chopstik dan membayar harga makanan sebanyak US$6. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "