Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cinta Sejati, Suami Sanggup Korbankan Nyawa Demi Selamatkan Isteri Dari Terbakar

3 Mei 2016
No Comment

CHINA: Seorang lelaki maut gara-gara sanggup merempuh masuk ke dalam sebuah van yang marak terbakar untuk menyelamatkan isterinya.

Van berkenaan yang dipandu lelaki tersebut telah terlibat dalam kemalangan jalanraya menyebabkan van tersebut terbakar.

Memetik laporan Shanghaiist.com, kejadian tersebut telah berlaku pada Jumaat lalu di kota Yixing, Daerah Jiangsu kira-kira jam 7.00 pagi apabila van berkenaan dikatakan bertembung dengan bas.

Menurut cerita saksi, selepas kemalangan berlaku, van tersebut telah terbakar, pemandu van telah berjaya menyelamatkan diri dan menjerit menyuruh isterinya keluar dari van berkenaan.


Namun saat itu berakhir dengan menyayat hati, melihat isterinya tidak berjaya keluar, beliau bertindak nekad masuk menolak isterinya sehingga berjaya keluar, tetapi sebaliknya beliau terperangkap dan dijilat api.

Netizen melontarkan pujian kepada sang suami kerana keberaniannya itu, bahkan ketika berhadapan dengan  maut. “Inilah cinta sejati, iaitu  mengorbankan diri sendiri untuk seseorang yang dicintai,” kata seorang netizen.

“Aku menangis ketika sedang menuliskan ini, aku harap dia beristirehat dengan damai dan sang isteri boleh mendapatkan ketenangan diatas sifat keberanian suaminya,” kata seorang netizen lain.

Kemalangan kereta yang mengakibatkan kebakaran di jalan-jalan raya di China sudah selalu terjadi. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "