Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Lahir Dengan Tanda Istimewa, Pergi 20 Minit Kemudian..

9 Mei 2016

Gua Musang, 9 Mei: Pemergian bayinya selepas 20 minit kelahiran sememangnya mematahkan hati seorang ibu, namun kelahirannya juga cukup istimewa kerana terdapat bentuk kalimah Allah S.W.T di bahagian telinga kirinya manakala pada sisi punggungnya pula mempunyai tanda lahir bewarna merah jambu yang membentuk tulisan jawi "Bismmi".

Laporan Harian Metro melaporkan, bayi tersebut meninggal dunia pada 12.45 tengahh hari pada Jumaat lepas di Hospital Gua Musang.

Ibu bayi tersebut, Mariani Ramli, 31, percaya ada hikmah di sebalik pemergian anaknya itu biarpun dia berasa sedih dengan apa yang berlaku.

Katanya, Allh SWT meminjamkan anak itu untuk dia dan suami buat seketika.

Dia (anak) istimewa walau dilahirkan pada usia kandungan lapan bulan, tanpa sebelah kaki dan tiada jantina (tidak membentuk).

“Kami reda kehilangannya kerana dia sudah tinggalkan sesuatu yang ‘bermakna’ untuk kami. Dia seperti senyum ketika memandang kami sebelum pergi,” katanya.

Katanya lagi, dia berbesar hati dapat mengandungkan anak yang tidak dinamakan itu kerana telinga kiri bayi tersebut membentuk kalimah Allah manakala bahagian sisi punggungnya pula mempunyai tanda lahir merah jambu yang menyerupai bahasa Jawi.

Katanya, Zahairuddin yang memeriksa tubuh anak mereka memaklumkan tanda lahir itu membentuk perkataan ‘Bismmi’ iaitu separuh daripada perkataan penuh, Bismillah.

Ini kebesaran Allah SWT buat anak kami walau pinjaman sementara saja, cukup untuk kami simpan sebagai kenangan,” katanya yang sudah dimaklumkan doktor bahawa bayi bakal dilahirkan cacat ketika usia kandungan mencecah empat bulan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "