Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Maxis Tampil Mohon Maaf

8 Apr 2016


Kuala Lumpur, 8 Apr: Maxis Bhd hari ini mengumumkan semua pelanggan pelan MaxisOne akan diberikan data percuma 3GB pada minggu depan dan memohon maaf atas layanan tidak adil kepada pelanggannya susulan reaksi negatif di media sosial berkaitan pelan datanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan, Dushyan Vaithiyanathan, membuat permohonan maaf itu secara langsung di Facebook bermula kira-kira jam 3 petang tadi.

"Kami berjanji akan menaik taraf pelan data sedia ada yang akan memberi kuota lebih tinggi kepada pelanggan pelan MaxisOne,"kata Lundal menerusi video yang berdurasi 2.15 minit itu.

Dushyan berkata, sebagai contoh jika pelanggan MaxisOne melanggan pelan dengan data 1GB mereka akan memperoleh tambahan data sehingag 5GB manakala pelanggan dengan bil data 3GB akan memperoleh 8GB.

Selain itu, semua pelanggan akan menikmati data sebanyak 3 GB secara percuma mulai minggu depan.

Isu yang viral

Difahamkan, isu tersebut mula viral apabila seorang pengguna forum lowyat.net berkata Maxis 'memilih bulu'.

Forumer itu, yang menggunakan nama samaran Jackson5759 berkata dia sudah 10 tahun melanggan servis Maxis. Namun, Jackson 'berputus asa' dengan Maxis apabila mengetahui salah seorang rakannya menerima tawaran yang lebih hebat dari Maxis apabila mahu menamatkan perkhidmatan Maxis dan bertukar ke Celcom.

Rakan kepada Jackson itu menerima beberapa panggilan telefon dari Maxis yang memberi 4 tawaran menarik agar terus menyambung khidmat Maxis iaitu:

Tawaran 1: Percuma Samsung Note 5 + RM128/sebulan + 5 GB Data + Unlimited Call & SMS + Kontrak 2 Tahun

Tawaran 2: RM88/sebulan + 8GB Data + Unlimited Calls & Sms + Tiada Kontrak

Tawaran 3: RM68/sebulan + 5GB Data + Unlimited Calls & Sms + Tiada Kontrak

Tawaran 4: RM68/sebulan + 7GB Data + Unlimited Calls & SMS + Tiada Kontrak

Rakannya menerima tawaran keempat lalu kembali kepada Maxis.

Jackson5759 yang mendakwa menggunakan khidmat Maxis untuk 5 nombor telefonnya selama sepuluh tahun mula berasa geram kerana tidak pernah menerima tawaran menarik sebegitu biarpun dia menggunakan khidmat Maxis lebih lama.

Apabila dia menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Maxis jawapan yang diterima adalah mereka tidak tahu apa-apa tentangnya dan tak ada apa boleh dilakukan untuk membantu.

Kisah Jackson ini dikongsi olehnya di forum Low Yat sebelum menjadi viral.

Setelah tekad meninggalkan Maxis dan beralih kepada Celcom, Jackson menerima panggilan dari 'Bahagian Setia' Maxis yang menawarkan tawaran yang hebat sebelum ini tidak diberikan walaupun puas dimohonnya atas tiket pelanggan setia Maxis.

Sehubungan itu Jackson menyelar cara Maxis dengan menyifatkannya seakan-akan memperbodohkan pelanggan kononnya tawaran istimewa diberi kepada pelanggan terpilih sedangkan ia sebenarnya diberi kepada pelanggan yang beralih kepada syarikat pesaing mereka.

Maxis kemudiannya menjawab isu tersebut melalui satu posting di Facebook, namun posting terbabit menimbulkan lagi kemarahan para pelanggannya.

Hari ini Maxis sekali lagi tampil membuat satu sidang video khas secara LIVE di FB bagi meminta maaf.

 - Siakapkeli.my

There have been many questions about our plans lately and we’d like you to hear from us. Join our CEO Morten and Head of Consumer Business Dushyan as they address some of your questions.
Posted by Maxis on Friday, 8 April 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. aiyoo tak fair sungguh tawaran dia. kalau tak viral, rasanya sampai ke sudah semua 'dikejami' oleh maxis ni.
    bukan la nk memburukkan. tapi should be fair la kan. dah ramai loyal customer kan?

    btw now rasa kurang risau bab data lagi bila surfing sebab pakai digi plan, bayar rm78 dapat 7gb. ok what. others telco pun ada plan yang menarik gak untuk dicuba :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "