Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Orang Pelajar Cedera Dibelasah Oleh Geng Tiga Buah Sekolah

8 Apr 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tersalah orang menyebabkan dua orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah di Setiawangsa di sini, parah apabila dikatakan menjadi mangsa pergaduhan membabitkan pelajar tiga sekolah lain di Wangsa Maju, semalam, lapor Berita Harian.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang semalam, mangsa dilaporkan menaikit motosikal dalam perjalanan untuk pulang ke rumah setelah habis waktu persekolahan.

Ketika melalui Jalan Wangsa Siaga, mangsa telah terserempak dengan 15 pelajar lain yang menaiki lapan motosikal dipercayai pelajar sebuah sekolah di Lembah Keramat diserang.

Mereka dikatakan bersenjatakan besi, cota, kayu besbol, topi keledar dan kayu.

Kumpulan terbabit secara tiba-tiba mengejar mangsa yang disangka `musuh' dari dua sekolah lain, di kawasan Jalan AU5D/1, Lembah Keramat, Ampang.

Berikutan kejadian berkenaan, beberpapa penduduk sekitar telah menghubungi pihak polis sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Melawati tiba ke tempat kejadian lalu menahan 12 daripada pelajar terbabit.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan. Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi mengenal pasti mereka yang terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "