Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Reda Darjah Kebesaran Dilucut - Ahmad Razif

25 Apr 2016

KUALA TERENGGANU, 25 Apr - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif berkata beliau reda dengan apa yang berlaku terhadap dirinya dan berkata beliau akan terus membuktikan taat setia kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Saya sebagai rakyat Negeri Terengganu dan menteri besar reda dengan apa yang sedang berlaku dan saya bertekad untuk terus membuktikan taat setia saya kepada Tuanku Sultan dan kepentingan rakyat  Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi saya masih memegang jawatan," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sebelum ini, pihak Istana Terengganu telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya berkuat kuasa Jumaat lalu.

Ahmad Razif juga pasrah dan faham bahawa ia hak multak Sultan Terengganu di dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah itu.

"Apa yang penting kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada raja dan negara," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "