Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Cedera Kereta Terhumban Dari Tempat Letak Kereta Pangsapuri

25 Apr 2016

GEORGETOWN, 25 Apr: Seorang lelaki cedera apabila kereta yang dipandunya terhumband ari tingkat dua parking bertingkat di Pangsapuri Mutiara Height, Jelutong kira-kira 7.15 malam tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu berusia 40-an itu dikatakan mahu meletakkan kereta di petak parking selepas pulang dari kerja.

Menurut sumber BH Online, ketika kejadian, isteri mangsa turut bersamanya, namun keluar dari kenderaan sebeum meminta lelaki tersebut masuk ke petak parkir.

"Bagaimanapun, lelaki berkenaan dikatakan tertekan pedal minyak ketika berundur dan merempuh tembok sebelum keretanya jatuh berhampiran pondok pengawal keselamatan

"Mangsa dilaporkan cedera ringan dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta terbabit sudah dialihkan dari lokasi kejadian," katan beliau.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "