Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Rayani Air akan kembali. Tunggu!!!!" - CEO Rayani Air

10 Apr 2016


SHAH ALAM – Syarikat penerbangan Rayani Air hari ini memohon maaf kepada semua penumpang setianya atas kesulitan yang dialami dalam beberapa minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ravi Alagendrran berkata pihaknya amat berdukacita atas kekurangan perkhidmatan dan akan cuba memperbaikinya.

Dengan rasa rendah diri saya CEO Rayani Air memohon jutaan maaf kepada semua penumpang-penumpang setia syarikat penerbangan kami yang telah mengalami kesulitan secara langsung atau tidak langsung selama beberapa minggu ini.

“Rayani Air sebuah syarikat penerbangan baharu di negara ini. Banyak yang kami perlu perbaiki dan pelajari. Teruslah menyokong syarikat penerbangan kami. Semoga syarikat ini kekal relevan untuk semua lapisan masyarakat tidak mengira warna kulit dan terus terbang tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook Rayani Air sebentar tadi.

Selain itu, Ravi juga meminta agar orang ramai menanti kemunculan semula Rayani Air.

Kami di Rayani Air mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat yang pernah terbang bersama kami. Terima kasih juga buat semua kakitangan Rayani Air yang sentiasa bersama-sama di masa jatuh bangun syarikat ini. Rayani Air akan kembali. Tunggu!!!!,” katanya. - Siakapkeli.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia.Dengan rasa rendah diri saya CEO Rayani Air memohon...
Posted by RayaniAir on Saturday, 9 April 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "