Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kalau Kita Dibenar Kahwin Sampai 10 Orang, Saya Nak" - Rani Kulup

10 Apr 2016
No Comment


SHAH ALAM - Abdul Rani Kulup Abdullah atau Rani Kulup, 61, hari ini mendedahkan bagaimana dia boleh kekal menjalani kehidupan berpoligami secara harmoni.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu yang kini mempunyai dua isteri, sembilan anak dan enam cucu berkata apa yang menjadikan kehidupan berpoligami kekal bahagian adalah sikap saling mempercayai antara dia dan isteri-isterinya.

"Kita (suami) sebagai pemandu perlulah bijak memainkan peranan dalam kehidupan berumah tangga...kalau kita jujur dan bersikap berterus terang, insya-ALLAH kehidupan berkeluarga ini akan kekal bahagia.

"Bagi saya berpoligami ini bukan perkara yang menakutkan, malah saya mengalakkan agar sang suami yang mampu berpoligami, poligamilah, bantu janda-janda, kalau ikutkan sekiranya dibenarkan kita boleh berkahwin sampai 10 orang isteri, saya nak, tetapi agama kita tidak benarkan, jadi kita kena patuhlah," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Rani Kulup juga menasihati mereka yang mahu berpoligami supaya jangan berlandaskan nafsu semata-mata atau kerana sikap yang suka menunjuk-nunjuk.

"Jangan menganiya wanita, ayah adalah orang yang sayang wanita, sebab itu ramai yang hendak bergambar dengan ayah, ayah ada sikap sayang pada wanita, bukan hendak memperhambakan mereka, tidak sama sekali.

"Dan lagi satu lelaki kalau hendak sentiasa ceria, selalulah berdampingi dengan wanita," selorohnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "