Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Kelahiran Malaysia Dinobatkan Budak Tercerdik di Australia, IQ Melebihi Stephen Hawking

10 Apr 2016
Sharvin memilik skor IQ 8 mata lebih dari Stephen Hawking
Australia - Seorang kanak-kanak kelahiran Malaysia di Australia dinobatkan sebagai kanak-kanak tercerdik oleh pertubuhan bijak pandai, MENSA.

Sharvin Jeyendran dari Butler mempunyai skor IQ 168, lapan mata lebih tinggi dari Stephen Hawking, lapor Nine News Perth.

Dengan skor IQ tersebut, Sharvin kini menempatkan dirinya dalam kalangan 2 peratus teratas golongan cerdik pandai dalam dunia.

Ibu kepada pelajar di kolej The Sacred Heart College itu, Deva Jeyendran berkata dia mengetahui tentang keistimewaan itu apabila anaknya mula boleh bercakap berpatah-patah perkataaan ketika berusia 9 bulan.

"Dia mula bercakap seperti kanak-kanak normal, seperti mana seorang kanak-kanak dua atau tiga tahun boleh bercakap dengan ayat dan tatabahasa yang betul", katanya.

Pelajar berusia 14 tahun itu juga mempunyai cita-cita yang tinggi untuk masa depannya.

"Bila saya dewasa saya mahu menjadi saintis biologi, Saya mahu cuba mencari penawar untuk kanser

"Saya juga mahu menjadi ahli biologi marin untuk mengembara lautan dan mempunyai badan kebajikan sendiri untuk orang miskin di dunia ini", kataya sebagaimana lapor Dailymail. - Siakapkeli.my

Sharvin juga turut meminati muzik dan juga bola keranjang
Ibu bapa Sharvin; yang bekerja sebagai peguam; berkata mereka mula sedar Sharvin genius ketika berumur 9 bulan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "