Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengantin 'Lesap' di Hari Perkahwinan : Ibu Bakal Pengantin Perempuan Turut Buat Laporan Polis

5 Apr 2016


TAMPIN - Ibu kepada pengantin perempuan yang didakwa 'lari' pada hari majlis perkahwinan tampil membuat laporan polis pada petang semalam.

Baca : Rumah Pengantin Perempuan 'Kosong' ketika Hari Perkahwinan, Hilang Bersama RM 16,000

Wanita yang berusia lingkungan 50-an itu membuat laporan di Balai Polis Tampin selepas merasa mereka sekeluarga dimalukan malah turut berhasrat untuk mengemukakan saman malu.

Sumber Sinar Online bagaimanapun berkata keluarganya masih lagi bersedia untuk meneruskan pernikahan itu sekiranya kes ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

Sumber itu juga berkata pada awal Mac lau, pihak keluarga perempuan sudah memaklumkan terlebih dahulu dengan pihak keluarga lelaki untuk menangguhkan perkahwinan ke bulan Disember, sesuai dengan perjanjian untuk mengikat tali pertunangan dalam tempoh dua tahun.

“Ibu bakal pengantin perempuan berkenaan juga menyatakan sudah menerima wang hantaran sebanyak

"RM13,000 dan bukannya sebanyak RM16,000 berikutan baki RM3,000 lagi sudah dimasukkan bakal pengantin lelaki ke dalam akaun anak perempuannya bagi membeli beberapa kelengkapan perkahwinan.

Pihak keluarga perempuan sudah memaklumkan beberapa kali kepada keluarga pengantin lelaki untuk menangguhkan majlis perkahwinan ke bulan Disember," katanya di sini, semalam.

Selain itu, sumber itu juga menjelaskan ketiadaan keluarga pengantin wanita di rumah adalah disebabkan mereka membantu salah seorang anak berpindah rumah ke daerah lain.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dasar penipu anak yg pindah rumah yang rumah ko lak yg kosong ape kes.lanjiou punyer org

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "