Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gambar 4 Rakyat Malaysia Yang Diculik Dimuatnaik ke Facebook

15 Apr 2016

KUALA LUMPUR, 15 Apr: Sekeping gambar yang merakamkan empat rakyat Malaysia yang diculik berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu telah dimuat naik ke laman Facebook dipercayai milik salah seorang ahli kumpulan penjenayah bersenjata yang menculik mereka.

Akaun Facebook 'Victor Troy Poz', yang dipercayai akaun sementara, memuat naik gambar keempat-empat mangsa culik yang juga kru kapal dalam keadaan mencangkung sambil memegang sekeping kertas bertulis 'Victor Troy'.

Kertas itu juga turut memaparkan tarikh 8 April lalu, dua hari sebelum gambar tersebut dimuat naik.

Laman Facebook itu dipercayai diwujudkan pada hari sama dan hanya mengandungi tiga gambar termasuk gambar mangsa culik, lapor BH Online - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "