Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor Tanam Tangan Pesakit Dalam Perut

5 Apr 2016
No Comment

Orleans (Brazil): Ramai tertanya adakah ini kesilapan doktor apabila tangan yang sepatutnya bebas diluar telah ditanam di dalam perut.

Sebenarnya ini adalah teknik pintar yang telah digunakan doktor terlibat untuk menyelamatkan tangan seorang lelaki, Carlos Mariotti daripaa dipotong dengan memasukkannya ke dalam ‘saku’ pada perutnya.

Doktor mengambil keputusan menanam tangan Carlos berkenaan selepas mereka telah menyalut tangannya dengan saputan pelindung kulit setelah pekerja kilang itu mengalami kemalangan yang menyebabkan semua kulit pada tangannya tersiat.

Bahagian perut Carlos kemudian dibalut bersama-sama tangan yang dimasukkan untuk meyembuhkan luka pembedahan.

"Tanpa prosedur ini, tangan Carlos pasti akan mereput dan jangkitan kuman pasti akan berlaku," kata doktor.

"Rasa pelik sedikit kerana saya boleh gerakkan jari-jari saya di dalam perut," kata Carlos sambil mengetap bibir.

Dalam kemalangan yang berlaku ditempat kerjanya itu, Carlos telah kehilangan dua jarinya dan semua kulit tangannya tersiat.

"Sekurang-kurangnya jari saya yang lain masih OK dan saya masih boleh memegang stereng kenderaan untuk pergi kerja," kata Calors sambil tersenyu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "