Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Desas Desus Dilucut Gelaran "Datuk Seri" : Razif Enggan Ulas

24 Apr 2016

KUALA TERENGGANU, 24 Apr: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, enggan mengulas tentang khabar angin penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepada beliau.

Ketika ditanya oleh wartawan, beliau hanya mengucapkan ringkas "Terima Kasih" dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebentar tadi di Hotel Primula di sini.

Sementara itu, setiausaha kerajaan negeri (SUK), Datuk Osman Muda juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai khabar angin yang viral itu.

BH Online turut melaporkan, mereka difahamkan Sultan Trengganu belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu dan titah mengenainya hanya disuarakan secara lisan.

Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu.

Persidangan Wakaf Senusantara 2016 dirasmikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan. Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "