Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Tak Dipilih Ketua Pengawas, Ibu Buat Aduan Kepada Kementerian pendidikan

24 Apr 2016
No Comment


Kerana tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh jawatankuasa pemilihan ketua pengawas, seorang ibu kepada murid 11 tahun membuat aduan kepada Kementerian Pelajaran.

Ibu tersebut, Kalaichelvi, membuat aduan itu selepas anaknya tidak dipilih sebagai ketu apengawas pada 4 Februari lalu oleh jawatankuasa pemilihan sekolah Sri KDU.

"Anak lelaki saya bekerja keras, menunjukkan pencapaian atas purata (dalam program-program akademik dan ko-kurikulum) dan malah ditawarkan kedudukan teratas dalam lembaga pengawas tahun lepas.

"Namun, tahun ini, tiada siapa yang boleh beritahu saya mengapa pelajar yang lain telah dipilih (sebagai ketua pengawas) berbanding anak saya," kata Kalaichelvi.

Sementara itu, AK Chan, ketua pegawai operasi dan pengarah akademik sekolah tersebut dalam satu kenyataan mempertahankan prosedur pemilihan jawatankuasa.

"Dalam penilaian jawatankuasa itu di Sekolah Sri KDU, (pelajar yang telah dipilih sebagai ketua pengawas) adalah calon yang lebih sesuai untuk jawatan itu, berdasarkan hasil daripada keseluruhan proses pemilihan.

"(Pemilihan ini juga berdasarkan kepada) pemerhatian jawatankuasa ini kepada kematangan pelajar, kesabaran, komitmen, dan ketekunan dalam melaksanakan tugasnya pada tahun lepas, serta penghormatan yang beliau dapat dari yang lain daripada badan pengawas," jelas Chan sebagaimana lapor Malaysiakini.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "