Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cubaan Bunuh Anggota Komando?

17 Apr 2016

Melaka, 17 Apr: Seorang lelaki dipercayai anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang di sini ditemui dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan pagi tadi.

Harian Metro melaporkan, lelaki terbabit ditemui dalam sungai tersebut dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk.

Difahamkan, mangsa bernasib baik kerana ditemui penduduk kampung sebelum lemas dalam sungai itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata pihaknya ada menerima maklumat berikutan kejadian.

"Bagaimanapun sehingga jam 6 petang ini, belum ada sesiapa membuat laporan dan jika ada laporan dibuat, polis akan membuka kertas siasatan," katanya.

Beliau menasihati agar pihak yang terbabit segera membuat laporan polis. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "