Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

CIA Tertinggal Bahan Letupan Dalam Bas Sekolah

1 Apr 2016
No Comment

Virginia, 1 Apr - Untuk sekurang-kurang 2 hari sebuah bas sekolah di utara Virginia telah membawa pelajar dengan bahan letupan yang disorok di ruangan enjin kenderaan tersebut.

Difahamkan, bahan letupan itu digunakan oleh CIA untuk latihan pada minggu lepas.

"Ketika latihan, bahan letupan itu ditinggalkan secara tidak sengaja oleh unit CIA K-9 di salah sebuah bas yang digunakan", kata CIA menerusi satu kenyataan.

Agensi itu juga berkata bahan letupan itu dalam keadaan 'sangat stabil' dan tidak berbahaya, sekaligus tidak membahayakan sesiapa.

Bahan letupan itu ditemui pada Rabu ketika pemeriksaan penyelenggaraan. Kewujudan bahan letupan itu di dalam bas berkenaan tidak disedari hampir seminggu sejak 24 Mac lalu.

The explosive was discovered on Wednesday during a routine maintenance check. It had been unnoticed for nearly a week since March 24.

Difahamkan juga, latihan terbabit dibuat di The Briar Woods High School yang membenarkan pihak CIA menggunakan premis tersebut untuk tujuan latihan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "