Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Bunuh Jaga : Suspek Cuba Lolos ke China Ditahan di KLIA2

3 Apr 2016

Batu Pahat, 3 Apr: Polis berjaya menahan seorang lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh pengawal keselamatan di kebun kelapa sawit dekat Jalan Muar-Yong Peng pada 6.30 petang pada Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, lelaki 30-an itu ditahan di KLIA2 ketika pesawatnya hendak berlepas ke China dipercayai untuk melarikan diri kira-kira 3.45 petang tadi.

"Jumaat lalu, tiga suspek berusia antara 24 hingga 31 ditahan di tiga lokasi berasingan di Batu Pahat dan susulan penahanan itu, polis menahan seorang lagi suspek petang tadi.

"Suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Ketika ditahan di klia2 kira-kira jam 3 petang, difahamkan suspek sudah sedia untuk menaiki pesawat ke China namun dia dikenal pasti melalui foto fit yang diedarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat selain nama serta nombor kad pengenalannya turut diberikan sebagai panduan polis lapangan terbang berkenaan.

Najmuddin, berkata suspek berkenaan akan dibawa ke sini sebelum polis akan mendapat perintah reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, mayat pengawal keselamatan, Noor Azee Abdul Rahman, 33, ditemui mati tertiarap dengan tangan terikat di kebun kelapa sawit dekat Jalan Muar-Yong Peng. Mangsa dipercayai diculik dari rumahnya di Tmaan Pantai di sini pada awal pagi Rabu lalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "