Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wira Tragedi Highland Towers Maut dalam Nahas

3 Apr 2016


KUALA LUMPUR, 3 Apr: Seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi dan menyelamat semasa tragedi Highland Tower maut dalam satu nahas jalan raya pada pagi Ahad.

Pegawai Bomba Kanan 1, Yograja Nadaraja maut di tempat kejadian dalam kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Kintrara-Puchong menghala ke Taman Sri Manja, Petaling Jaya.

Jurucakap bomba berkata, laporan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan kira-kira 2 pagi tadi.

"Dukacita dimakumkan Yogaraja yang bertugas di unit Pengesan K-9 dan pernah berkhidmat di Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya.

"Mayat mendiang kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Upacara pengebumian akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Mendiang merupakan antara anggota yang terlibat dalam operasi menyelamat dua warga Indoensia Umo rasyidah Khoiruman dan anaknya Nur Hamidah Nadjib.

Pada 29 Mac lalu, Yogaraja dan beberapa anggota pasukan penyelamat yang terlibat dalam tragedi tersebut muncul di televisyen dalam sesi temuraham khas dengan Nur Hamidah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "