Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(4 Gambar) Tudung Tiruan Naelofar Hijab Dirampas

6 Apr 2016
No Comment


Shah Alam, 6 Apr: Sebayak 79 helai tudung tiruan berjenama Naelofar Hijab dirampas pihak berkuasa di dua premis perniagaan di Kajang dan Gombak dalam serbuan pada 29 Mac lalu.

Rampasan yang membabitkan nilai RM7,012 itu dibuat oleh KPDNKK Selangor.

Laporan Harian Metro melaporkan, sebanyak 36 tudung dirampas di sebuah premis di Gombak manakala 43 tudung lagi dirampas di Kajang.

Menurut Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Abdul Rosik Yakub, pihaknya menerima aduan dari pemilik jenama tudung itu yang sebelumnya melakukan siasatan disusuli serbuan.

"Tindakan yang kita ambil ini sama seperti operasi barang tiruan lain seperti kicap, arak, pakaian, aksesori kenderaan dan sebagainya.

"Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau tiga tahun penjara," katanya.

Sementara itu, Pengarah Naelofar Hijab, Neelofa berkata pihaknya membaut aduan selepas amaran yang diberikan syarikat itu kepada peniaga terbabit tidak diambil berat.

"Kami sedih kerana pembeli terutama peminat menyangka mereka memakai produk tulen namun sebaliknya ia adalah tiruan.

"Selain itu harga yang dijual mereka juga tidak jauh beza dengan kami sedangkan material yang digunakan pula lebih murah daripada apa yang kami sediakan," katanya.

Neelofa berkata, pihaknya menyedari perkara itu selepas pelanggan meragui tudung yang dibeli sebelum mereka membuat tinjauan dan siasatan. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "