Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SKMM Tahan Engineer Hina Najib di Ruangan Komen Facebook

31 Mac 2016

Cyberjaya, 31 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menahan sorang jurutera berusia 26 tahun dalam operasi bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kerana telah memuat naik komen yang bersifat jelik dan menghina Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak di laman Facebook sebuah portal berita baru-baru ini.

Berdasarkan aduan yang diterima, suspek telah memberikan komen sedemikian sebagai reaksi kepada artikel yang dimuatnaik oleh portal Malaysiakini di laman Facebook portal tersebut pada 25 Mac 2016 yang lalu.

Dalam siasatan yang dijalankan, rakaman kenyataan suspek telah diambil di pejabat MCMC di Cyberjaya pada 28 Mac 2016. Telefon bimbit jenama Asus dan kad sim milik suspek juga telah disita untuk membantu siasatan. MCMC akan memanggil lagi beberapa individu yang telah dikenalpasti dalam waktu terdekat untuk membantu siasatan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "