Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KJ Tegur Syarikat Penerbangan 'Patuh Syariah'

31 Mac 2016
No Comment


KUALA LUMPUR, 31 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ menegur syarikat penerbangan berlandaskan syariah yang tidak mematuhi syariah seperti yang digariskan oleh Islam.

KJ berkata, syarikat penerbangan itu tidak sepatutnya melambat atau membatalkan jadual perjalanan penerbangan kerana itu bukan sebahagian dari syariah Islam.

Beberapa bulan lepas apabila syarikat penerbangan itu dilancarkan, semua orang teruja bercakap tentangnya. Semua orang begitu bersyukur tentangnya. Ada yang mahu naik pesawat esoknya juga hanya kerana syarikat tersebut merupakan satu-satunya syarikat yang berlandaskan konsep syariah.

Bagaimanapun baru-baru ini, kita dengar penerbangan syarikat tersebut ditangguhkan dan dibatalkan dan berita itu menjadi viral sehingga ke media sosial,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

KJ juga berharap agar syarikat terbabit memperbaiki imej dan mutu perkhidmatannya.

Saya harap mereka dapat buat dengan baik. Tidak cukup dengan hanya menyatakan mematuhi syariah Islam kalau lambat atau batalkan penerbangan,” katanya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "