Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Keluar Deposit Haji, Bakal Jemaah Akan Hilang Giliran Tunaikan Haji Selama 70 Tahun

15 Mac 2016
No Comment

KUALA LUMPUR: Bagi mana-mana pendeposit Tabung Haji(TH) yang mengeluarkan wang deposit  daftar haji mereka bersama wang simpanan akan hilang giliran untuk menunaikan haji selama 70 tahun, lapor Berita Harian.

Kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di dalam dewan rakyat semalam di mana menurut beliau pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini.

Mereka ini akan secara automatik terkeluar giliran menunaikan haji bila mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.

Deposit haji adalah sebanyak rm1,300 daripada wang simpanan untuk pendaftaran haji dan bakal jemaah akan diberikan tarikh peruntukan haji mengikut giliran.

Mereka juga terjejas akan ruang mendapat dividen dan bonus jika mengeluarkan semua wang simpanan mereka, katanya.

"Bila mereka keluarkan deposit, dia keluarkan dirinya daripada giliran menunaikan haji...bila mereka tarik diri dan kemudian daftar semula, dia terpaksa menunggu pula mungkin lebih daripada 70 tahun.

 "Ada 8.8 juta pendeposit yang hendak menunaikan haji dan menyimpan dengan TH kerana mereka lebih selesa akan dividen simpanan yang tinggi serta sistem yang mematuhi syariah," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).

Jamil juga dalam pada itu turut membangkitkan kesha yang diterima oleh TH berikutkan surat yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada organisasi itu yang diputar-belit sesetengah pihak.

"Penyebaran surat dari BNM itu melalui media telah menyebabkan TH dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan rambang, analisis 'separuh masak' dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit TH menjadi mangsa."

"Situasi ini juga menyebabkan imej dan reputasi TH sebagai pengurus haji dan dana Islam yang cemerlang di Malaysia telah tercemar akibat daripada tuduhan-tuduhan tidak berasas ini."

"TH masih mempunyai aset-aset tidak dinilaisamakan melalui aset dalam anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat kerjasama dan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan aset-aset TH yang dinilaisamakan adalah positif dan melebihi liabiliti TH pada Disember 2015," katanya.

Beliau turut mendedahkan nilai portfolio aset boleh direalisasi TH pada 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM60 bilion, melebihi liabiliti dan dana pendeposit iaitu sebanyak RM59.3 bilion.

Katanya, kedudukan kewangan TH bagi tahun 2015 adalah kukuh walaupun mendapat teguran BNM dan tertinggi sejak ditubuhkan dan pembayaran bonus bagi tahun 2015 lebih tinggi daripada tahun-tahun antara 1994 hingga 1999.

"Purata pembayaran bonus antara tahun 1994 hingga 1999 adalah di bawah RM550 juta, manakala pembayaran bonus untuk 2015 berjumlah RM3.2 bilion," katanya lagi. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "