Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ayam Berkaki Empat Jadi 'Selebriti Tempatan'

10 Mac 2016
No Comment

SHANDONG - CHINA. - Penemuan seekor ayam berkaki empat mencuri perhatian ramai kerana keanehan haiwan ternakan itu.

Anak kepada seorang penternak ayam yang dikenali sebagai Zhu berkata dia terkejut setelah menemui ayam itu berdekatan dengan ladang ayahnya.

Namun Zhu kini mulai bimbang kerana pendedahan mengenai ayam tersebut mula mendapat perhatian ramai dan kini ladangnya di Bandar Heze mula menerima kunjungan dari ramai pelawat.

Menurut Zhu, dia bimbang dengan populariti ayamnya itu akan menyebabkan haiwan itu tidak dapat hidup lebih lama memandangkan pelawat yang hadir ke ladangnya berpusu-pusu bergambar dengan ayam tersebut.

Zhu juga berkata, ayam itu mula menjadi tertekan setelah menerima kunjungan dari ramai penduduk tempatan. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "