Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pembaca Berita Pengsan Ketika Sedang Bersiaran Langsung

24 Feb 2016
No Comment


LONDON : Seorang penyampai berita kaji cuaca untuk stesyen berita BBC, Rachel Mackley telah jatuh pengsan ketika sedang menyampaikan berita secara siaran langsung beberapa saat sebelum memberitahu bahawa dia akan pengsan.

"Saya minta maaf, saya akan pengsan," katanya.

Penyampai berita berusia 33 tahun berkenaan dilihat tesadung ke belakang sebelum siaran berkenaan dihentikan kepada pembaca berita utama, Polly Evans dan Rob Smith yang turut dilihat risau dengan rakan sekerja mereka sambil memohon maaf.

”Kita hanya perlu melihat keadaan Rachel di sana, " kata Polly yang dipetik Mail Online.

Kerana insiden berkenaan, lama Twitter Rasmi BBC telah dihujani pertanya penonton stesen tv berkenaan yang tenyata risau dengan keadaan penyampai berita berkenaan.

Selain itu penonton memuji tindakan profesional penyampai berita berkenaan.

Jurucakap BBC kemudian memaklumkan keadaan terkini Rachel melalui laman mikro twitter mereka.

" Untuk pengetahuan, penyampai kaji cuaca Rachel berada dalam keadaan baik, Terima kasih atas mesej yang diberikan," tulis BBC. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "