Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Senior' Pijak 'Junior' Dengan But Bola, Terima 9 Jahitan

22 Feb 2016
Gambar Hiasan
Cheras, 22 Feb: Seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah berasrama penuh disini terpaksa menerima 9 jahitan apabila mulutnya koyak akibat dipijak dengan but bola sepak oleh pelajar senior tingkatan empat dalam kejadian yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada 12 tengah malam itu, mangsa didatangi oleh empat pelajar tingkatan empat sebelum dia dibelasah di bahagian muka.

Sumber Harian Metro melaporkan, remaja itu dibelasah kerana meminta rakannya supaya tidak mengikut arahan pelajar 'senior' di asrama sekolah terbabit.

"Ada pelajar ‘junior’ dibuli dengan dipaksa mencuci pakaian dan membeli makanan menyebabkan mangsa menasihati rakannya yang dibuli itu supaya tidak tunduk dengan arahan pelajar tingkatan empat berkenaan.

"Bagaimanapun, pelajar ‘senior’ itu mengetahui perkara berkenaan dan mereka membelasah remaja tingkatan 2 itu. Seorang daripada mereka memijak mulut mangsa dengan but bola sepak, manakala yang lain memukul dengan tangan di muka," katanya.

Menurut sumber itu juga, mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan menerima jahitan di mulut.

Ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dengan sengaja. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "