Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pulang Ambil Barang, Ibu Terkejut Dapati Anak Berasmara Dengan Lelaki Dalam Bilik

12 Feb 2016
No Comment

Kajang: Seorang ibu yang pulang seketika ke rumah untuk mengambil barang terkejut apabila melihat anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun berasmara dengan seorang lelaki di dalam bilik di rumahnya dalam kejadian di Bandar Baru Bangi di sini kelmarin.

Susulan kejadian yang berlaku kira-kira 10.30 pagi itu, ibu remaja tersebut yang juga seorang jururawat membuat laporan polis pada hari yang sama dan membawa anak perempuannya ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, hasil pemeriksaan mendapati remaja terbabit telah dinoda oleh lelaki berusia 17 tahun yang juga merupakan teman lelakinya.

"Remaja perempuan itu mengenali teman lelakinya sejak dua tahun lalu dan sudah melakukan hubungan seks berkali-kali sejak November 2015.

"Teman lelaki remaja itu ditahan selepas dia menyerah diri di balai polis dan kini direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "