Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis Hebat Ini Tekad Tidak Putus Asa, Pernah Diramal Hanya Mampu Hidup Cecah Usia 18 Tahun

12 Feb 2016
No Comment

Gadis hebat dan Tabah, itulah kata yang boleh digambarkan terhadap gadis ini apabila dia dikatakan tidak berputus asa walaupun diramal oleh doktor beliau hanya mampu untuk hidup sehingga usia mencecah 18 tahun.

Namun keazamannya yang kuat untuk terus hidup seperti rakan sebanyanya yang lain membolehkan usia beliau kini sudah melepasi umur yang dirama tersebut.

Menurut Izatul Nadia Mohd Zulkafli, 20, yang berasal dari Kampung Ulu Mahang, Karangan Kulim, berkata, beliau telah disahkan oleh doktor menghidapi Talasemia iaitu sejenis penyakit genetik yang menyebabkan badan tidak berupaya menghasilkan hemoglobin secukupnya atau menghasilkan sel darah merah sempurna.

Beliau bagaimanpun nekad untuk tidak berputus ada sehingga berjaya menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan Sains.

"Saya pilih jurusan ini kerana mahu mengkaji lebih mendalam tentang penyakit ini dan cari penawar untuk merawatnya," katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Namun katanya, dia tidak menafikan pernah timbul rasa putus asa apabila memikirkan jangka hayatnya yang tidak panjang.

"Hati mana yang tak sedih tapi saya yakinkan dalam diri bahawa hidup mati semuanya daripada ALLAH, kita cuma mampu berdoa dan berusaha.

"Saya berfikiran positif dan dekatkan diri dengan ALLAH. Saya jadikan al-Quran sebagai pegangan hidup."

"Saya terpaksa bergantung kepada mesin Desferal sepanjang malam bagi memastikan tubuh badannya kekal sihat dan bertenaga."

"Saya guna mesin ini sejak 10 tahun lalu. Mulanya agak kekok dan susah nak bergerak sampai solat pun kena baring tapi kini tak lagi.

"Dari jam 8 malam hingga 6 pagi saya akan pasang mesin ini di waktu tidur untuk teruskan hidup," katanya.

Beliau kini mendapat bantuan keluarga serta rakan-rakan termasuk Persatuan Pesara Veteran Tentera yang memberi sumbangan sejak 2008 mampu meringankan bebannya.

Ibunya, Rohaiza Yahya, 45, berkata, dia dan suaminya, Mohd Zulkafli Mohd Isa, 57, bersyukur apabila usia anaknya masih dilanjutkan biarpun pernah dimaklumkan doktor hanya mampu hidup sampai usia 18 tahun.

"Sampai sekarang saya tak sanggup tengok penderitaan Nadia. Setiap hari dia kena rawat, suntik sana sini. Tapi saya reda itu untuk menjamin kesihatannya untuk sentiasa sihat walaupun tak seperti orang lain.

"Kalau mata dia kuning, banyak tidur, mukanya pucat, saya akan cepat-cepat bawanya ke hospital," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "