Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Ditahan Curi RM620,000 Dari Pengurup Wang

12 Feb 2016

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis telah ditahan atas dakwaan mencuri RM 620,000 dari seorang pekerja pusat pengurup wang di Bangsar.

Laporan dari The Star menyebut ketika kejadian, pekerja itu bersama seorang pemandu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk menghantar wang tersebut kepada sebuah lagi cawangan di Selangor.

Ketika dalam perjalanan, Honda HR-V yang dipandu mereka dipintas oleh sebuah kereta polis kira-kira 11 pagi Rabu.

Kenderaan mereka kemudian diberhentikan oleh dua orang polis berdekatan Jalan Maarof di Bangsar.

Kedua-dua polis tersebut, yang memakai uniform lengkap, dilaporkan merampas wang yang dibawa oleh pekerja tersebut atas alasan ia dilihat mencurigakan.

Selain itu, polis berkenaan juga memberitahu pekerja itu bahawa mereka akan membawa wang tersebut ke Bukit Aman.

Bagaimanapun, apabila pekerja dan pemandunya itu ke Bukit Aman untuk memeriksa wang terbabit, mereka diberitahu kes berkenaan tidak dilaporkan.

Mereka kemudian membuat laporan polis.

Salah seorang dari pegawai polis yang terlibat ditahan pada hari yang sama laporan itu dibuat manakala seorang lagi masih bebas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "