Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Muhyiddin Bukan Wakili Johor, Gantung Keahlian Tak Jejaskan Sokongan Terhadap UMNO," - Nazri Aziz

26 Feb 2016
One Comment

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan yang beliau akan mengusulkan supaya keahlian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti esok, lapor Bernama.

Menurut Nazri, walaupun keahlian Muhyiddin dilucurkan, ia tidak sedikit pun akan menjejaskan Umno Johor kerana Ketua Umno Bahagian Pagoh itu bukannya mewakili suara majoriti Umno Johor.  
"Sejak bila pula Muhyiddin mewakili Johor? Ketua Umno Johor adalah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," katanya pada pemberita di Istana Budaya di sini, hari ini.  

Nazri berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai bakal akibat yang diterima oleh Johor sekiranya tindakan diambil ke atas Muhyiddin berikutan kritikan secara terbuka terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.  

Katanya beliau akan kemukakan aduan mengenai tindakan Muhyiddin yang membelakangi presiden parti dan seterusnya mengusulkan supaya keahliannya digantung. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "