Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Fitnah : Polis Akan Siasat Tun M - KPN

15 Feb 2016

GEORGETOWN: Pihak polis akan memulakan siasatan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan kandungan blognya yang dilaporkan mempunyai unsur fitnah.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, setakat ini pihaknya menerima laporan polis yang dibuat sejak semalam dan dua hari lalu.

"Kita akan buka kertas siasatan, dan jika benar ada kes fitnah, kita akan serah kepada Jabatan Peguam Negara," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Sebelum ini, Dr. Mahathir di dalam blognya menulis bahawa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 billion keranan kononnya terhutang budi dengan Najib. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "