Kenyataan MET Malaysia Mengenai Angin Kuat Landa Lembah Klang Sejak Awal Pagi Tadi
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini menyatakan bahawa fenomena angin kencang yang melanda Lembah Klang sejak awal pagi tadi yang berterusan sehingga sekarang ini adalah fenomena biasa dan tidak perlu dibimbangkan, lapor Bernama.
Timbalan Ketua Pengarah Iklim dan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari berkata, keadaan cuaca di Lembah Klang dan seluruh Malaysia dijangkan baik.
"Sebenarnya, bacaan angin tidak kuat. Ini keadaan yang biasa di mana ada angin kuat, malah cuaca juga baik setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menurut beliau, angin kecang Timur Laut kini berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan dijangka berterusan sehingga Isnin depan (29 Februari).
Keadaan yang sama dijangka akana berlaku kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
METMalaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dan tiada sebarang kes atau kemalangan dilaporkan berikutan angin kuat setakat ini. - Siakapkeli.my