Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pembedahan Ustaz Kazim Hari Ini Terpaksa Ditangguh

24 Feb 2016
No Comment

IPOH: Pembedahan kedua terhadap penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang dijadualkan pada hari ini terpaksa dibatalkan kerana keadaan yang tidak mengizinkan, lapor Sinar Harian.

Menurut abang kepada Ustaz Kazim, Datuk Kapten (B), Najmuddin Elias berkata, beliau telah dimaklumkan oleh doktor mengenai keadaan kesihatan Ustaz Kazim ketika ini yang tidak membolehkan pembedahan berkenaan dibuat.

"Doktor menyarankan agar beliau diberikan rehat yang secukupnya pada ketika ini."

“Pembedahan itu sememangnya dijadualkan hari ini, tetapi terpaksa dibatalkan kerana doktor mendapati keadaan adik saya (Mohd Kazim), tidak mengizinkan.

BACA: "Sampai Saat Ini Saya Masih Belum Boleh Bercakap Dengan Baik, Tersekat Dan Mudah Penat" - DUKE

"Jadi, kepada sesiapa yang mahu datang menziarahi adik saya itu diharap dapat tangguhkan dulu. Kita akan bagitahu nanti apabila keadaan mengizinkan."

"Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersimpati dengan beliau dan mendoakan beliau.

"Jutaan terima kasih juga kepada yang berhajat nak menziarahi beliau, tetapi kami mohon beribu kemaafan kerana keadaan amat tidak sesuai waktu ini, terima kasih,” katanya kepada Sinar Harian. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "