Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gesa Laksana Gaji Minimum RM1,500 Sebulan Untuk Tarik Minat Golongan Muda

15 Feb 2016
No Comment

SHAH ALAM :Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan Malaysia supaya melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1,500 sebagai galakkan kepada anak muda supaya menceburi bidang kerja yang kebanyakkan diisi oleh warga asing.

Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Fadzil berkata, cabaran yang dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang meminta anak muda mengambil alih kerja yang diisi pekerja asing cukup menarik tetapi ia separuh matang.

“Saya nak tanya adakah Ahmad Zahid benar-benar memahami kenapa anak muda hari ini enggan bekerja di sektor perladangan atau mana-mana sektor yang disebut 3D atau Dirty, Difficult and Dangerous (kotor, sukar dan bahaya)?

“Sepatutnya beliau melalui mesyuarat Kabinet menggesa supaya melaksanakan langkah meningkatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 dan memastikan pekerja bukan sahaja terjamin tetapi diperkukuh terutama dengan menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Menurut beliau, Zahid perlulah menggesa supaya Putrajaya melaksanakan langkah ini bagi memastikan sistem pendidikan vokasional menyediakan golongan muda dengan rangkaian atau jaringan industri lebih menyeluruh.

“Begitu juga dengan memberi insentif kepada pemodal, pemilik syarikat dan paling penting untuk anak muda mengambil alih kerja-kerja yang dimonopoli pekerja asing terutama melalui geran bagi meningkatkan teknologi dalam bidang kerja.

“Tanpa melaksanakan langkah-langlah ini, gesaan Ahmad Zahid hanyalah retorik semata-mata dan bukan niat ikhlas bagi membantu anak muda mengambil alih kerja yang diisi pekerja asing,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "