Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(7 Gambar) Gempa Taiwan : Polis Siasat Tin Kosong Diguna Sebagai Bahan Binaan Bangunan

8 Feb 2016

TAIWAN - Pihak polis Taiwan kini sedang membuat siasatan selepas tin-tin kosong ditemui di sebalik dinding bangunan yang runtuh akibat gempa bumi di Taiwan baru-baru ini.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di Dailymail, kelihatan tin-tin cat digunakan sebagai perantaraan di sebalik dinding pangsapuri tersebut.

Selain dari tin cat, portal Shanghaist pula melaporkan turut kelihatan tin minyak masak digunakan untuk tujuan sama.

Bagaimanapun, pihak kerajaan berkata bangunan itu telah dibina secara sah dan mempunyai permit.

Pada Sabtu lalu, satu gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Ricther melanda Taiwan menyebabkan bangunan pangsapuri 17 tingkat itu roboh.










Sehingga semalam, seramai 126 penduduk pangsapuri itu masih hilang manakala 103 lagi masih terperangkap di sebalik runtuhan.

Seramai 200 mangsa termasuk 41 kanak-kanak sudah berjaya dikeluarkan.

Menurut Datuk Bandar, William Lai, lebih 300 orang awam berada di dalam pangsapuri tersebut kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "